Showing posts with label Arts. Show all posts
Showing posts with label Arts. Show all posts

Tuesday, August 3, 2021

Print Murah di Penang?

 💥CetakBannerPenang

Kami Design, Kami Cetak, Kami Hantar. 🤠🇲🇾

❣️Jom tgk sample kami 

https://www.instagram.com/p/CJ0px5aByzp/?igshid=mhf24bltb2is

.☑️BANNER RAMADHAN

☑️STIKER PRODUK 

. 💥JIMAT TERPADU💥

.Kami di Pulau Pinang, Rakan Pelanggan kami

Bubble Bee Shuib, Pusat Islam USM, Taman Botani PP, Muzium Neg PP, Jabatan Mufti, Kerajaan Negeri PP, USM, dan rakan2 peniaga yg lain tidak pernah kami lu

www.wasap.my/601156258031/CetakBannerPenang







Nak cari bundle di Penang?

Persoalan ini kerap ditanya. Di mana nak dapatkan pilihan dan tawaran harga yang terbaik di Pulau Pinang? Kini OLD BARREL menyediakan pusat bundle yang mempunyai koleksi yang terbaik bagi peminat bundle.

JOM KITA LAWATI LAMAN LINK YANG KAMI SEDIAKAN

https://www.carousell.com.my/oldbarrel/








Thursday, May 7, 2020

CETAK BANNER PENANG

INSTAGRAM/CETAKBANNERPENANG

INSTAGRAM/CETAKBANNERPENANG

INSTAGRAM/CETAKBANNERPENANG

INSTAGRAM/CETAKBANNERPENANG


Saturday, July 22, 2017

Pameran Basikal Klasik

Pameran Basikal Klasik
Bertempat di Muzium Darul Ridzuan, Perak
2 Mei 2017 - 31 Julai 2017 
9.00 pagi - 5.00 petang
Masuk adalah percuma


Antara aktiviti yang dianjurkan ialah Bengkel, Jom Kayuh, Permainan dan Tayangan Video




Pameran Basikal Klasik dianjurkan oleh LEMBAGA MUZIUM NEGERI PERAK




Koleksi basikal dan aksesori dimiliki oleh

KELAB KOMUNITI PEMILIK BASIKAL KLASIK MALAYSIA


Konsep dan Instalasi:  WHITEBALANCE STUDIO



Artikel dari Utusan Online, 14 Jun 2017

Sehubungan itu, bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2017, Lembaga Muzium Negeri Perak mengambil inisiatif untuk menganjurkan Pameran Basikal Klasik di Muzium Darul Ridzuan di sini.
Pameran berkenaan yang di­anjurkan dengan kerjasama Ke­lab Komuniti Pemilik Basikal Klasik Malaysia, telah berlangsung sejak 2 Mei lalu dan akan berakhir pada 30 Jun ini.
Pengarah Lembaga Muzium Negeri Perak, Nor Janati Ibrahim berkata, pameran tersebut antara lain membawa pe­ngunjung menyingkap sejarah dan evolusi basikal melibatkan era 1800.

Beliau berkata, keunikan pameran tersebut terletak pada basikal jenis 'Penny-Farthing' yang dihasilkan sekitar tahun 1870.
Basikal ‘Penny-Farthing’ mula mengaplikasi roda logam bagi menggantikan penggunaan kayu sebelum ini.
Basikal tersebut menggantikan era basikal jenis Velocipede yang diperkenalkan oleh Syarikat Machinists pada tahun 1869.
“Pada pameran ini, pengunjung boleh menyaksikan basikal-basikal klasik asli dari England yang berada di Tanah Melayu beserta aksesori dan teknologi pembuatannya.
“Pameran ini secara tidak langsung dapat memberikan pendedahan khususnya kepada generasi muda untuk menyaksikan evolusi basikal pada suatu masa dahulu selain membawa nostalgia kepada para peminatnya,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Pada tahun 1873, pembuatan basikal ditambah baik dengan pacuan roda dan rantai yang dirujuk sebagai ‘basikal ke­selamatan’.

Thomas Shergold dikatakan telah membina pa­cuan rantai terawal pada tahun 1876 sebelum memfailkan hak ciptaannya di bawah nama ‘Bicyclette’ atau turut dikenali sebagai ‘Crocodile’, pada tahun 1879.
Pengeluaran basikal kemudian ditambah baik dengan penciptaan rangka berlainan bagi kegunaan wanita pada tahun 1880 sebelum terhasilnya basikal dengan reka bentuk berlian dikenali sebagai Basikal Humber pada tahun 1884.
Menjelang tahun 1895, basikal lelaki memiliki reka bentuk batang besi melintang sementara basikal wanita melencong ke bawah.
Pembuatannya pula semakin diperkemas pada abad ke-20 apabila logam campuran digabung bersama aluminium bagi meri­ngankannya supaya basikal dapat bergerak dengan lebih laju.
“Jika kita perhatikan penggunaan basikal sejak dahulu, posmen dan anggota bomba turut menggunakan basikal.
“Malah, basikal juga digunakan oleh masyarakat terdahulu dalam kegiatan ekonomi untuk mengangkut hasil padi dan getah. Tentera Jepun turut memasuki Tanah Melayu dengan berbasikal,” kata Nor Janati.
Sehubungan itu katanya, orang ramai dialu-alukan me­nyaksikan pameran basikal klasik tersebut yang dibuka pada setiap hari dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang.
Lembaga Muzium Negeri Pe­rak turut menganjurkan aktiviti tutorial, bengkel, jom kayuh, permainan serta tayangan video sepanjang pengisian pameran tersebut.
Masuk adalah percuma dan sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh diajukan kepada Muzium Darul Ridzuan di talian 05-2410048


Wednesday, September 2, 2015

H3RO Hasnul Jamal Saidon

Cerita lisan kisah benar yang santai tapi kaya hikmah + lagu-lagu ori yang buka hati dan naikkan bulu roma + dua filem pendek yang menghormati minda & sayangkan perasaan audien + dipersembahkan dalam dusun yang cantik = untuk membawa kita pulang ke dakapan ibu-bapa kita yg osem dan temui ' hero' dalam diri kita sendiri.

Ada lagi..

.Bengkel kreatif dikendalikan otai seni = cetak 'hero' atas t.shirt sendiri + warnakan kad batik 'hero' sendiri + conteng momen osem dgn 'hero' kita + kebun bunyi lagu 'hero' beramai-ramai. Hasil bengkel boleh bawa pulang, boleh rakam boleh post dalam instagram & facebook.

Bawa sekali mak, bapak, atok, nenek, anak, cucu. InsyaAllah dpt pengalaman yg sangat osem dan penuh barakah. 


Tempat terhad. 
Tiket kena tempah lebih awal, 

sebabnya kami...

> nak hadiahkan lencana 'mak & bapak aku osem' + saputangan tandahati hero
> nak sediakan juadah santapan malam, juga minuman+makanan ringan sepanjang persembahan
> nak atur ruang parkir dan transpot masuk ke dusun
> nak sediakan ruang menonton yang santai tapi selesa untuk audien
> nak hadiahkan 2 buku cetakan terhad dgn tanda-tangan pengarangnya









Tuesday, August 11, 2015

Chikara Matsumoto is a video animation artist.

Chikara MATSUMOTO




Chikara Matsumoto is a video animation artist.

He was born in Tokyo on 1967.
He lives and works in Tokyo and graduated in BA Graphic Design at Tama Art University, 1991.



He draws and takes the picture of this drawing that penetrated the light, and he aims at the pictorial representation of the image in mind similar to shamanism.






He collaborate with specific musician on the image of video animation.We have a lot of live performance and exhibition without making arrangements about our image and music each other.And he initiates workshops of animation using his original devices such as the Hand Scroll Viewer, "Emakimono Machine".



These devices supports his own activities as existence like a friend with children at school, hospital and art museums.

H3RO

H3RO

Jom jumpa H3RO 
di Dusun Pak Sarip, Gertak Sanggul, Teluk Kumbar, P.Pinang



H3RO adalah sebuah penghormatan terhadap
cinta rentas 6 dekad antara 2 superhero osem, 
disampai santai secara lisan dengan pancaran video,
sambil diselangi lagu-lagu akustik 
dan tayangan 2 filem pendek. Mari kita duduk bersama
berpagarkan pokok-pokok dusun 
dan bukit yang indah.



Tiket   :    RM50 / seorang

(Diskaun utk ibu-bapa & anak-anak dari umur 5-18 tahun yang datang sekeluarga). 
Tiket termasuk parkir, badge, bengkel kreatif & kebun bunyi 
(sila bawa kertas, kain putih atau baju t putih sendiri utk bengkel), 
Jamuan makan malam, minuman ringan dan persembahan. 



Sila Intai, scroll dan like hero fb page at 

Acara dusun tajaan sendiri, sajian kampung dgn buah2an, hidangan kasih sayang. Ada tiket sebab nak cover cost. Jom wangi kan hati dan hari.




Monday, April 20, 2015

Penang State Museum 50th Anniversary


Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Penubuhan Muzium Negeri Pulau Pinang

Muzium Negeri Pulau Pinang akan menyambut hari ulang tahun ke-50
27hb April 2015- 3hb Mei 2015, 
9 pagi - 6 petang,

 bertempat di bangunan No.57 Jalan Macalister. 

Terdapat pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan bersempena dengan sambutan ini.

-MASUK ADALAH PERCUMA-






SIGNED COPY LIMITED EDITION

SIGNED COPY LIMITED EDITION _ Hasnul J Saidon

'SETIAP SEKARANG' SIGNED COPY LIMITED EDITION

'H3R0' SIGNED COPY LIMITED EDITION





H3RO - Ziarah Semula

H3RO - Ziarah Semula dari Hasnul J Saidon













Wednesday, August 27, 2014

FESTIVAL BORIA PULAU PINANG 2014

Warisan Boria Pulau Pinang

Latar Belakang Sejarah :

Boria adalah sejenis teater tradisi yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang. Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala, iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hussein r.a oleh Muawiyah bin Abi Suffian. Dibawa oleh tentera British berfahaman Syiah dari India ke Pulau Pinang seawal abad ke-19.

Sehubungan itu, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Pulau Pinang telah mengelolakan FESTIVAL BORIA di Fort Cornwallis, Padang Kota Lama pada Ahad 24 Ogos 2014. Festival ini dengan kerjasama sepenuhnya oleh Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. 

wbStudio dilantik sebagai media rasmi JKKN Pulau Pinang untuk Festival Boria Pulau Pinang. Sambutan dan kemeriahan dapat disaksikan oleh lensa kami. Penghibur terkenal negara kelahiran Pulau Pinang menyerikan lagi majlis ini. 




Piee (Pelawak) dan Omara (Pengiat seni dan boria)

Kemeriahan Festival Boria









koleksi gambar: wb studio
petikan dari http://warisanboria.blogspot.com/2010/07/sejarah-boria.html