Wednesday, October 11, 2017

RUMAH UNTUK DI JUAL DI PULAU PINANG


RUMAH DI BAYAN LEPAS UNTUK DIJUAL

RM180,000

Product Description/Features 
  • Rumah Cantik
  • Siap Ubahsuai
  • 1 minit-Airport / 5 minit-Bandar Bayan Baru & Kilang / 15 minit-Balik Pulau / Jambatan PP & USM-15 minit / Quensbay Mall-10 minit.

Monday, July 31, 2017

HOTEL BERDEKATAN DENGAN USM

USM Guesthouse
Universiti Sains Malaysia, Gelugor, Penang, Malaysia, 11800





Airports
  • 8 kilometers to
  • Penang International Airport (PEN)
  • 93 kilometers to
  • Sultan Abdul Halim Airport (AOR)
Public transportation
  • 2.3 kilometers to
  • Penang Intercity Bus Terminal
  • 6 kilometers to
  • Penang Hill Railway Station
Hospital or clinic
  • 1.8 kilometers to
  • Life Chiropractic Centre
Pharmacy
  • 1.7 kilometers to
  • Elite Pharmacy
Convenience store
  • 650 meters to
  • 7 Eleven
Cash withdrawal
  • 350 meters to
  • ATM

HOTEL BERDEKATAN DENGAN USM PENANG

2 BINTANG

U Hotel Penang
676, Jalan Sungai Dua, Gelugor, Penang, Malaysia, 11700 agoda


  • Airports


    • 6 kilometers to
    • Penang International Airport (PEN)


    • 94 kilometers to
    • Sultan Abdul Halim Airport (AOR)

    Public transportation


    • 950 meters to
    • Penang Intercity Bus Terminal


    • 7 kilometers to
    • Penang Hill Railway Station

    Hospital or clinic


    • 1.6 kilometers to
    • Pantai Hospital Penang

    Pharmacy


    • 100 meters to
    • Elite Pharmacy

    Convenience store


    • 100 meters to
    • 7 Eleven

    Cash withdrawal


    • 100 meters to
    • ATM

Saturday, July 22, 2017

Pameran Basikal Klasik

Pameran Basikal Klasik
Bertempat di Muzium Darul Ridzuan, Perak
2 Mei 2017 - 31 Julai 2017 
9.00 pagi - 5.00 petang
Masuk adalah percuma


Antara aktiviti yang dianjurkan ialah Bengkel, Jom Kayuh, Permainan dan Tayangan Video




Pameran Basikal Klasik dianjurkan oleh LEMBAGA MUZIUM NEGERI PERAK




Koleksi basikal dan aksesori dimiliki oleh

KELAB KOMUNITI PEMILIK BASIKAL KLASIK MALAYSIA


Konsep dan Instalasi:  WHITEBALANCE STUDIO



Artikel dari Utusan Online, 14 Jun 2017

Sehubungan itu, bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2017, Lembaga Muzium Negeri Perak mengambil inisiatif untuk menganjurkan Pameran Basikal Klasik di Muzium Darul Ridzuan di sini.
Pameran berkenaan yang di­anjurkan dengan kerjasama Ke­lab Komuniti Pemilik Basikal Klasik Malaysia, telah berlangsung sejak 2 Mei lalu dan akan berakhir pada 30 Jun ini.
Pengarah Lembaga Muzium Negeri Perak, Nor Janati Ibrahim berkata, pameran tersebut antara lain membawa pe­ngunjung menyingkap sejarah dan evolusi basikal melibatkan era 1800.

Beliau berkata, keunikan pameran tersebut terletak pada basikal jenis 'Penny-Farthing' yang dihasilkan sekitar tahun 1870.
Basikal ‘Penny-Farthing’ mula mengaplikasi roda logam bagi menggantikan penggunaan kayu sebelum ini.
Basikal tersebut menggantikan era basikal jenis Velocipede yang diperkenalkan oleh Syarikat Machinists pada tahun 1869.
“Pada pameran ini, pengunjung boleh menyaksikan basikal-basikal klasik asli dari England yang berada di Tanah Melayu beserta aksesori dan teknologi pembuatannya.
“Pameran ini secara tidak langsung dapat memberikan pendedahan khususnya kepada generasi muda untuk menyaksikan evolusi basikal pada suatu masa dahulu selain membawa nostalgia kepada para peminatnya,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Pada tahun 1873, pembuatan basikal ditambah baik dengan pacuan roda dan rantai yang dirujuk sebagai ‘basikal ke­selamatan’.

Thomas Shergold dikatakan telah membina pa­cuan rantai terawal pada tahun 1876 sebelum memfailkan hak ciptaannya di bawah nama ‘Bicyclette’ atau turut dikenali sebagai ‘Crocodile’, pada tahun 1879.
Pengeluaran basikal kemudian ditambah baik dengan penciptaan rangka berlainan bagi kegunaan wanita pada tahun 1880 sebelum terhasilnya basikal dengan reka bentuk berlian dikenali sebagai Basikal Humber pada tahun 1884.
Menjelang tahun 1895, basikal lelaki memiliki reka bentuk batang besi melintang sementara basikal wanita melencong ke bawah.
Pembuatannya pula semakin diperkemas pada abad ke-20 apabila logam campuran digabung bersama aluminium bagi meri­ngankannya supaya basikal dapat bergerak dengan lebih laju.
“Jika kita perhatikan penggunaan basikal sejak dahulu, posmen dan anggota bomba turut menggunakan basikal.
“Malah, basikal juga digunakan oleh masyarakat terdahulu dalam kegiatan ekonomi untuk mengangkut hasil padi dan getah. Tentera Jepun turut memasuki Tanah Melayu dengan berbasikal,” kata Nor Janati.
Sehubungan itu katanya, orang ramai dialu-alukan me­nyaksikan pameran basikal klasik tersebut yang dibuka pada setiap hari dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang.
Lembaga Muzium Negeri Pe­rak turut menganjurkan aktiviti tutorial, bengkel, jom kayuh, permainan serta tayangan video sepanjang pengisian pameran tersebut.
Masuk adalah percuma dan sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh diajukan kepada Muzium Darul Ridzuan di talian 05-2410048